Latar belakang Kamonegikkusu

Single ini akan dipasarkan selepas 4 bulan single ke-7 Bokura no Eureka dipasarkan. Seperti single sebelumnya, single ini juga mempunyai 4 edisi: Type-A, Type-B, Type-C dan Edisi Teater. Nama judul single ini, "Kamonegikkusu" telah diambil daripada bahan utama dari sup Kamonabe iaitu daging itik (kamo) dan daun bawang (negi). Ia juga tercipta peribahasa Jepun, Seekor itik membawa daun bawang akhirnya dimasak jua. Perkataan kamo (鴨) juga bermaksud orang yang mudah dijadikan mangsa penipuan atau bertindak kejahatan.

Menurut Yamamoto Sayaka, lagu "Kamonegikkusu" adalah lagu yang berkisah tentang seorang gadis yang malang, liriknya menceritakan tentang "gadis yang sudah tahu dirinya hanya sedang dipermainkan (bagaikan itik datang membawa daun bawang), namun masih juga jatuh cinta kepada lelaki itu."

Pengumuman single ke-8 NMB48 telah diumumkan di konsert NMB48 Mezamashi Live 19 August 2013 pada festival musim panas Fuji Television United States of Odaiba di Odaiba, Tokyo. Pada pengumuman tersebut, 2 Oktober 2013 ditetapkan sebagai tarikh keluaran single ke-8 NMB48 , namun judul single belum diumumkan. "Kamonegikkusu" sebagai judul single ke-8 NMB48 baru diumumkan sebelum lagu ini dinyanyikan untuk pertama kalinya di khyalak ramai pada persembahan "Stage Unit Team N - Dareka no Tame ni" pada 2 September 2013. Persembahan teater hari itu sekaligus merupakan penampilan pertama Ichikawa Miori di atas pentas Teater NMB48 sejak dilantik sebagai anggota Team N NMB48 juga merangkap anggota Team B AKB48 pada 28 April 2013.

Berkaitan